Monday, April 23, 2012

PENYINGKIRAN BERGANDA!!




Minggu ke-6 Konsert Mania telah menyaksikan dua penyingkiran Bintang Mania. Lebih menyedihkan, kedua-dua bintang yang tersingkir malam ini datang daripada empayar yang sama iaitu Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani. Bintang yang tersingkir malam ini adalah Atilia dan Akim. Meskipun sedikit kecewa dengan keputusan SMS daripada penonton, Produser Ahmad Dhani sempat berjenaka ketika mengumumkan Bintang Mania yang tersingkir. Kini bintang Mania yang bernaung dibawah empayar hijau milik Ahmad Dhani hanya tinggal Aril, Hafiz & Estranged.



  

Secara keseluruhan, persembahan kesemua Bintang Mania minggu ini menampakkan kesungguhan dan peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Keriuhan penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil memberikan lagi tenaga yang lebih untuk sebahagian Bintang Mania ini untuk beraksi dengan penuh semangat. Bagi Produser Ahmad Dhani, meskipun terpaksa meninggalkan 2 Bintang Manianya malam ini, mereka telah menunjukkan satu persembahan yang menakjubkan.
Berikut adalah keputusan selepas talian undian ditutup:
1. JACLYN VICTOR - 13%
2. EBI - 13%
3. STACY - 9%
4. HAFIZ - 8%
5. ADIRA - 7%
6. SHILA AMZAH - 7%
7. HAZAMA - 7%
8. KRISTAL - 6%
9. ESTRANGED - 6%
10. ARIL - 6%
11. ALYAH - 6%
12. AKIM - 6%
13. ATILIA - 5%

Kini, 11 Bintang bakal meneruskan perjuangan mereka di Galaksi Mania minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment