Monday, January 30, 2012

AJL 26 IS DONE!


29 januari 2012..tarikh dimana berakhirnya anugerah paling berprestij tahun ini....
yang menampilkan 12 lagu terbaik , 18 komposer dan penulis lirik utk merebut
gelaran juara lagu AJL 26..dan keputusannya sudah pun diketahui..
(berprestij ke? ha? bole la..not boring at all)
semalam aq pegi semanggol, karaoke ngn staff KFC...makan-makan..tetibe dh nk pkul 9.. 
(alamak!!) pastu kene amek stok plak..mampuih!! terlepas la aq AJL thun ni..
tapi nasib baik aq sempat balek..tapi terlepas part persembahan pembukaan..
ala..bukan best pon..btw tahniah buat sume yg berjaya..for those..try again yeah!!

JUARA LAGU AJL 26

NAIB JUARA AJL 26

KETIGA AJL 26

VOKAL TERBAIK AJL 26

PERSEMBAHAN TERBAIK AJL 26


pelbagai kelainan yg ditunjukkan oleh para finalis untuk menambat hati juri..
for me..it was so awesome..












tahniah kepada pemenang..ang i really really hope that AJL next year
will be more excellent than before.. ( sorry kalau salah speaking..)
tata =..='



Sunday, January 22, 2012

A.N.Y.W.H.E.R.E E.L.S.E!

sepatutnye aq dh post entry ni lame dh..
tapi kwan aq lambat sngt download gambar..
btw firstly, assalamualaikum dan sorry sebab lame
dh tak post entry..hehehe
sabtu lepas (tak tau brape ari bulan!) aq dgn  acab, naim, wan, haizal dan ca'a 
berkonvoi pegi parit buntar..atas tujuan nk shoping kasut utk game bola tamapar..
plan just nk pegi parit buntar je..tapi merata kami pegi..

lokasi pertama : BAGAN SERAI
agak-agaknye kenapa kami singgah sini ye?
mane taknye..dr taiping nk ke parit buntar..
sekerat jalan pon punggung dh kebas..
kami singgah mkan kejap sambil hilangkn rase kebas tu..






makann sudah..posing sudah..
apa lagi? start moto..gerak ar! wahh..

tempat kedua : PUSAT BANDAR PARIT BUNTAR
dr bagan serai terus ke parit buntar..kami teruskan perjalanan....
sampai je kt pusat bandar..paham-paham je la..
sesak giler ..maklumlah..kan PM datang melawat..of coz la ramai..
dh la cuaca panas , jalan jemm , polis rmai plak tu..menyampah!
after that kami pon sampai kt kedai kasut tu..hmm apa yg aq bole katekn..
bole tahan..cantik..tp mahal.. (nk beli ke tak? nk beli e tak?)
beli je la..lgpon aq mmg takde kasut nk pakai..
kasut aq harganye RM69.. (haiyoo tauke! tak bole kurang ka?)
so nk dipendekkan citer dr RM69 dpat kurang sampai RM45..
curlasst kau maria! =..='
(*harap maklum : takde gambar semasa di parit buntar!)

lokasi ketiga : BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT
lepas dh  beli kasut..kami terus rush ke bukit merah..
katenye si ca'a nk belikn kfc utk awek die..
actually nk masuk bukit merah tu 2 jalan..
bg aq jalan belakang lg dekat..lg senang!tp kami ikut depan..
actually aq xpenah ikut depan pon..
tapi bile dh sampai kt atas sekali..baru aq tau..
betapa indahnya ciptaan tuhan..cantik sangat..nyaman je rasenye..



haizal , wan , ally , naim , acab & snap by ca'a
seriously..memang cantik kalu tengok dr atas..and that's
why la kami stop kejap..nk snap gambar..
then kami turun ke bwah sbb nk jumpe someone..
sape die? ade la.. (nk tau 2 ringgit..haha)
 sambil tu tunggu tepi jalan kejap..



dan yg berbiru ini ialah makhluk tuhan paling SEKSI!!
(OH!! tolong la..mcam bangang je! )
lpas dh gelak-gelak segala bagai..perut dh buat konsert..apa citer?
laparnye !!
lokasi keempat : R&R GUNUNG SEMANGGOL
kami pon pandang atas, tangan di bahu, lidah terjelir..ehh!! takde maknenye...
kami gerak ke R&R gunung semanggol..yg lawaknye tu..bile dh sampai..
bole plak duduk lama-lama kt kedai jual nasi campur..
pastu tukar fikiran , mkan kt kfc..
(ape functionnye booking sampai dua meja??)  
nk dijadikn citer kami mkan kt kfc la..kan..hehehe







memang lapaq la diorang ni.. (aq pon same..)
makan sampai licin..tak tinggal kesan pon..hebat!!
klau camtu..tak payah basuh pinggan pon takpe..
lpas mkan kami blek-belek & usha-usha kasut yg kai beli kt parit buntar td..
sume nk lawan kasut sape paling ringan..gampang! 
ca'a ckap , 'wei nk hujan ni!! nk peg ban pecah tak??'
kami dok lepak sampai terlupa nk pegi ban pecah..

lokasi kelima : BAN PECAH
kami ikut jalan dr simpang empat seanggol ke kuala gula..
bagi aq jalan tu agak dekat kalau nk ke ban pecah..
ca'a ckap lagi , 'ni kali pertama da terakhir aq ikut jalan ni..kebas satu badan..'..
ye ke? memang kebas pon..sial la.. agak-agak dlm setengah jam camtu..
sampai la kami kt ban pecah..actually tempat ni aq yg suggest utk diorang..
sebab tempat ni mmg best..sesuai utk picnic..






boleh plak tangkap udang..:3


penat sudah ye..balek la..
kpade yg blom lg ke ba pecah..boleh ajak family skali..
memang best..tp klau tak nak bwak family..bwak awek ke..pakwe ke.
pon boleh..ok tata.. =..=

Wednesday, December 21, 2011

WAJAH BARU WANG KERTAS MALAYSIA

Seperti yang sedia maklum, Bank Negara Malaysia baru sahaja
melancarkan duit syiling dan duit kertas baru Malaysia pada hari ini.
Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun hadapan
manakala duit kertas akan mula digunakan dalam bulan Julai 2012.
Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan
 ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi,
 flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada
wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang duit kertas baru Malaysia
(cantik la! aq suke duet RM 20 sebab de penyu!)

CIRI-CIRI AM WANG KERTAS BARU MALAYSIA:
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

 Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

 Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

 Wang Kertas RM10 – Flora

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. 

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar

Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

 Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Sempena pengeluaran wang kertas baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari,  22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih.

Thursday, December 8, 2011

FINALIS AJL 26


Anugerah Juara Lagu 26 bakal berlangsung pada 29 JAN 2012..
dan pada malam tersebut anugerah yang paling berprestij tahun ini akan
menampilkan 12 lagu terbaik tanah air..
berikut adalah tertera senarai giliran persembahan finalis AJL 26..
diharap para finalis memberikan persembahan yg terbaik..
chaiyok! enjoy..

1. WANITA SELURUH DUNIA - projek pistol

2. SEDETIK LEBIH - jaclyn victor

3. KEKANDA ADINDA - monoloque & atilia
 4. GADIS SEMASA - yuna

 5.KALAU BERPACARAN - sohaimi meor hassan, ana raffali, altimet

6.CINTA MUKA BUKU - najwa latif

7. KARMA - faizal tahir

8. KISAH HATI - alyah

9. SUNGAI LUI - aizat


10. PENAKUT - yuna

11. AWAN NANO - hafiz

12. BERIBU SESALAN - 3 suara