hello..
sory sangat-sangat sbb dh lame tak post entry.. (malas nk taip!!)
ari ni nk tulis pasal bufday party aq..
bufday aq takde la sehebat bufday hampa..
tak mampu nk wt melampau-lampau..
ok! firstly aq nk ucapkan ribuan terima for my classmates sbb dh
sudi hadir dan tolong utk bufday party aq..
so nk tau ape yg aq masak utk bufday aq??
ala..biase-biase je..
laksa, bihun sup dan cucur udang je..
ramai yg puji makanan sedap..alhamdulillah!!
bufday party aq ni dh lame dh lepas..
saje je nk mention balek..
btw most tq for my scandal a.k.a. cikgu fazli..
DALAM keluaran lalu dinyatakan meskipun filem sebuah fiksyen namun ia tetap merujuk realiti sebagai bahan pengkaryaan. Kreativiti pengkarya meramu bahan dari realiti sama ada mengekalkan nilai asal atau menambahkan nilai baharu.
Syaitan merupakan nilai asal yang diberikan nilai tambahan melalui proses kreatif dengan pembentukan watak dan perwatakan Johnny Blaze.
JikaGhost Riderpertama memerihalkan perjanjian syaitan kini sekuelnyaGhost Rider: Spirit of Vengeancemenjelaskan asal usul dan "mobiliti sosial" syaitan. Naratif yang dibina hanya alat sahaja. Sekuelnya kali ini lebih longgar kerana lebih penekanan ideologi satan Ghost Rider adaptasi komik Marvel dalam bentuk superhero. Dalam filem ini Johnny Blaze yang boleh bertukar menjadi Ghost Rider merupakan superhero dan protagonis. Naratifnya berkembang kepada tiga cabang.
Pertama ialah misi tunggal Blaze menyelamatkan Danny. Konsep asal perwatakan Blaze/Ghost Rider bukan menyelamatkan orang tetapi untuk membunuh Blackheart iaitu anak kepada syaitan yang memeterai perjanjian. Bagi mewajarkan perwatakan Ghost Rider menerusi sekuelnya, maka diwujudkan watak Danny. Moreau menawarkan jika Blaze berjaya mendapatkan Danny untuknya, Moreau akan membantu Blaze mengeluarkan syaitan yang bersemayam dalam dirinya.
Blaze menurut. Dia menyertai misi tersebut. Pada masa yang sama Carrigan yang diupah oleh Roarke turut menjejaki Danny. Roarke ialah watak baru iaitu bapa kepada Danny. Danny anak kepada Nadya yang mana Nadya telah membuat perjanjian dengan Roarke agar dia diberikan nyawa ketika nazak terjatuh dari bangunan tinggi. Roarke setuju tetapi Nadya mesti mengandungkan dan melahirkan seorang anak manusia iaitu Danny untuknya. Nadya mengandung tanpa persetubuhan.
Blaze berjaya mendapatkan Danny dan menuju ke gereja lama. Cabang kedua naratif pun diselesaikan dengan mengeluarkan syaitan dari tubuh Blaze. Moreau menerangkan asal usul syaitan dalam tubuh Blaze sebenarnya malaikat pelindung kepada manusia. Apabila diperdaya ia bertukar daripada malaikat pelindung kepada syaitan yang membalas dendam dengan melawan ketidakadilan.
Kemudian naratif berkembang ke cabang ketiga iaitu misi menyelamatkan Danny daripada digunakan Roarke untuk memindahkan kuasa syaitan dan roh ke tubuh Danny. Ritual pemindahan tersebut berjaya dihalang oleh Moreau dan Blaze. Namun Moreau dibunuh Carrigan. Manakala Blaze ditahan. Danny telah mengembalikan semula syaitan ke dalam tubuh Blaze. Blaze berjaya membunuh kesemua penjahat dan akhirnya Roarke walaupun ketika itu hari sudah siang. Pada adegan akhir, Blaze mulanya menganggap dalam dirinya ialah syaitan pembunuh yang kejam sebaliknya adalah malaikat pelindung.
Pengakhiran filem ini menjelaskan matlamat filem ini dicipta. Jika filem-filemOmen, PoltergeistdanExorcistdibuat bagi menunjukkan permusuhan antara manusia dan syaitan, Ghost Rider sebaliknya berkempen kebaikan syaitan membantu manusia mengatasi kejahatan dan ketidakadilan.
Persekongkolan syaitan dengan manusia dianggap baik dan dijalin mesra serta naratifnya dibentuk sebab-akibat yang kuat bagi menyakinkan logik syaitan itu diterima sebagai kawan baik manusia. Kita sudah tentu menolak pandangan demikian. Malahan semua penganut agama samawi menolak persekongkolan manusia dengan syaitan. Namun secara realitinya terdapat banyak manusia menyembah syaitan.
KesucianDalam Kristian, Lucifer merujuk makhluk yang sangat jahat. Ia mewakili simbol keingkaran dan Lucifer dipercayai nama syaitan semasa di syurga. Dalam bahasa latin kata Lucifer bermaksud "pembawa cahaya" ialah nama untuk bintang fajar ketika muncul dini hari. Nama Lucifer digunakan untuk syaitan yang dipopularkan dalam karya sastera seperti Inferno oleh Dante danParadise Lostoleh Milton. Menerusi filem ini ritual pemindahan syaitan dari tubuh Roarke ke Danny dilakukan ketika dinihari.
Selepas Blaze 'menyedari' malaikat pelindung dalam tubuhnya, warna api marak daripada tengkorak dan motosikalnya berubah kepada warna biru jernih kristal melambangkan kesucian. Ini adalah cabang naratif ketiga sekaligus matlamat filem ini.
Dalam Islam, Azazil merupakan ketua iblis yang dilaknat Allah kerana enggan sujud menghormati penciptaan Adam. Kemudian Azazil (iblis) dan syaitan dihalau dari syurga ke dunia serta berlakulah ketetapan Allah yang mengkabulkan permohonan iblis merosakkan anak Adam.
Apabila kita membaca karya sastera dan menonton filem yang mengangkat elemen kesyaitanan haruslah diberi perhatian agar iktikad kita tidak lari daripada apa yang disogokkan. Hal ini diremehkan oleh sebahagian orang, kononnya ia fiksyen semat-mata untuk berhibur dalam gambar dan tulisan. Realitinya syaitan tetap wujud dan mempengaruhi diri manusia setiap masa.
Menerusi fiksyen kita berdepan dua sisi, iaitu sebagai imaginasi dan pemaparan daripada realiti. Tanpa benteng yang kuat daya pengaruh fiksyen dapat menyerap ke dalam minda dan jiwa penikmatnya lantas memberi kesan terhadap pegangan dan kepercayaannya. Filem ini wajar dikategorikan 13 PG.
Kritikan terhadap filem ini wajar dilakukan lantaran kebejatan moral, kelemahan akidah umat Islam dan keterpengaruhan anak muda terhadap muzik dan hiburan memuja syaitan. Kehadiran filem ini hiburan bermakna buat mereka. Malahan Victor Yamaguchi dalam laman web www.imdb.com menyatakan filem ini termasuk filem pertamanya, jauh menyimpang daripada adaptasi cerita asal dalam komik Marvel.
Kini industri filem kita sudah dipenuhi dengan lambakan filem seram. Lebih menakutkan filem seram kita memanipulasikan elemen agama dengan cara biadab. Malahan lebih hebat lagi ia dikomedikan sebagaimana berlaku dalam filemHantu Bonceng. Ia digabungkan lagi dengan rencah seks. Inilah bahananya hiburan yang dibuat tanpa berfikir secara mendalam. Filem seram kita wajar diperbaiki selain menghindari meniru konsep dan kreativiti filem memuja dan mewirakan syaitan sebagai teladan.
tak dirancang! actually kebetulan je! hahaha.. citer ape?
'ADNAN SEMPIT 2'
dah la nk tengok wayang tak plan..pastu citarasa plak lain-lain..haiyoo!
yang tu nk tengok..yang ni nk tengok! aq nk tengok 'hantu dalam botol kicap'..
syafiq kate tak suke hatu melayu (hello! u budak melayu kn? layann melayu la..)
yusra plak kate citer tu tak best (tengok pon blom ag!)
faizal kate die tak kesah tengok citer pape pon.. (bagoosss!)
fizo terkunci mulut lidah terkelu (ade makne tu!!)
sume berselisihan pendapat...then sume setuju nk tengok citer adnan sempit..
tengok je la! nasib baik best! klau tak aq campak yusra kt bawah!
(jangan marah =..=)
so tak perlu nk panjang-panjang citer..tak perlu nk berkias-kias bagai..
kiter bace je sinopsis ni..klau nk faham lagi..sediakan RM11, serbu wayang!
tata =..='
SINOPSIS:
Adnan dan Nadia telah mengharungi pelbagai rintangan untuk menjayakan hubungan mereka , malangnya ayah Nadia Datuk Ithni tak merestui hubungan mereka. Datuk Ithnin meletakkan syarat supaya Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris serta mengubah penampilan diri dalam masa 30 hari. Adnan memang merasai susah nak bercakap dalam bahasa Inggeris telah meminta pertolongan Bobby(Along Cham) untuk membantunya. Wawa( Yana Samsudin) dan Bobbypulak ada masalah dalam hubungan cinta, Wawa merasakan yg Bobby ni tak berubah sikap dan masih macam dulu. Begitu jugak dalam hubungan Nadia dan Adnan. Ayah Nadia telah mengatur rancangan untuk menggagalkan usaha Adnan untuk berubah dengan mengupahFendi(Shuk dari raja lawak Balas) yang mengganggu Adnan, hinggakan Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan, ini kerana Fendi tu lelaki suka kat lelaki, mestilah Nadia ni syak yg bukan bukan.
semua orang tahu..dan macam-macam andaian dikeluarkn..
ade kate staff KFC salah..ade kate customer salah..
tapi majoritinye mengatakan customer yg salah..
inginkan bukti?
customer tersebut terpaksa menunggu selama 1 jam utk mendapatkan ayam..
dan apabila sampai gilirannya..ayam tersebut dh habis..
setiap orang ade tahap kesabarannya..
setiap orang okay!!
bukan customer tu je malah staff KFC itu sekali..
mungkin customer tu patut marah..sebab kene tunggu lama..
sebab ini fast food..bukan slow food..
tapi tak perlu nk bangkitkan isu perkaumam...itu dh melampau!
klau aq berada dalam situasi tersebut..
aq pon akan buat benda yg sama..
dalam keadaan penat bekerja..ditambah pulak kata-kata kesat customer tersebut..
sape yg tak marah..betul tak?
memang penat..sebab aq pekerja KFC jugak..aq dpat rase kepenatan die..
bukan niat nk menyebelahi mane-mane pihak okay!
dan aq pon tak berani nk buat ape-ape andaian..
just u all buang yg keruh dan ambil yg jernih..
kalau nk buat press conferense.. perlukan saksi yang ramai dan bukti yang kukuh untuk lihat sama ada fakta yang dilontarkan itu betul atau tidak.. okay!